MADU mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana selain menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit,
ianya juga membantu memenuhi keperluan tubuh
badan manusia.
Terdapat
banyak hadis-hadis lain berkenaan madu lebah. Di antaranya tentang dua
hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Pertama,
mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah SAW
mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Baginda SAW menyarankan
agar dia diberikan madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan
penyakit saudaranya tidak juga sembuh.
Nabi Muhammad SAW menyuruh
saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki
itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya
Nabi SAW berkata: ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong." Lalu Rasulullah SAW sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (HR Bukhari & Muslim)
Hadis
di atas menjelaskan bahawa madu merupakan ubat segala penyakit kerana
Rasulullah SAW tidak melihat pesakit berkenaan, sebaliknya terus
menyebutkan madu sebagai ubatnya.
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
”Kesembuhan
itu berada pada tiga hal iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan
sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang umatku
berubat dengan kay.” (HR Bukhari)
No comments:
Post a Comment