Sunday, 7 October 2012

MADU LEBAH

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Baginda SAW bersabda: 
"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua." (HR Abu Dawud)
 
Rasulullah SAW juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda SAW bersabda: 

"Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah)

Berbagai kajian telah dilakukan dengan tumpuan kepada pelbagai jenis bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. 

Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menyatakan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan fizikal atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah SWT: 
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (QS An-Nahl: 69)


Madu asli keluaran PRM GLOBALVISION BHD








No comments:

Post a Comment